Sabtu, 16 Oktober 2010

tulisan cerpen ayah

Nama : Apriyanto Muchid
Kelas : 2 ea 16
Npm : 10209647
Tulisan,,
cerpen ayah
Mata kuliah : ekonomi koperasi #
Nama dosen : Lista kuspriatni
Ayah

Alya memandang sepi ke arah sekujur tubuh yang masih lagi terbaring di atas tilam buruk itu.Ibunya kelihatan lemah sekali.Penyakit barah yang dihadapinya memaksanya ibunya menghabiskan sisa-sisa hidupnya di atas tilam itu.Alya tidak berkemampuan membiyai kos rawatan ibunya itu.Ayahnya hilang sejak dia belum lahir lagi, entah ke mana.Dia satu-satunya anak kepada ibunya itunya.
"Mak, Alya dah tak sanggup tengok mak macam nie…" esak Alya perlahan tapi masih didengari oleh ibunya itu.
"Alya, umur mak dah tak panjang.Bila-bila masa sahaja mak akan pergi..Mak risau sekali tentang kau…" air mata jernih mengalir deras dari mata kuyu milik ibunya itu.
Alya tidak dapat lagi menahan sebaknya lagi.Didakap ibunya seeratnya.Dia tahu selepas ini mungkin dia tidak dapat merasai dakapan ini.

Alya hairan melihat rumahnya dikelilingi ramai orang.Dia baru sahaja pulang dari kedai membeli keperluan rumah.Dia segera berlari masuk..Ayat-ayat suci Al-Quran kedengaran.
"Alya…." Jerit Mak Som berlari ke arahnya dan segera mendakapnya.Alya kehairanan.
"Napa mak long??Apa dah jadi..Mak mana..?" Alya masih lagi tidak mengerti.
"Alya..Mak kau dah dijemput oleh Illahi…" jawab Mak Som dalam sedu.
Alya terduduk.Air mata jatuh dengan deras sekali.Alunan surah yassin kedengaran kuat sekali di cuping telinganya.Dia meraung.Ibunya telah pergi meninggalkanya sendirian untuk menghadapi liku-liku hidup.Dia memandang semua jiran tetangga yang hadir.Semua dengan riak wajah yang simpati.
"Alya, mak long mintak kau bersabar…" Alya didakapnya dengan erat sekali.
Majlis pengebumian ibunya berjalan dengan lancar.Alya masih lagi di kubur ibunya yang masih lagi merah.
"Mak…Alya rindu pada mak…Alya takut nak hidup tanpa mak…" tangis Alya.
"Alya rindu dakapan mak..Alya rindu belaian mak..Alya nak mak dakap Alya lagi sekali.." tangisnya kelihatan semakin deras.Dia seolah-olah tidak dapat menahan sebak lagi.
"Alya…" kedengaran satu suara memangggilnya dari belakang.Alya lantas menoleh.Ditatap tubuh yang berdiri megah dibelakangnya.
"Alya…Pak cik mintak Alya bersabar..Semua nie dugaan Allah"
Alya bingkas bangun dan mengelap air matanya dengan lengan bajunya.
"Pak cik siapa…?" tanya Alya kebinggungan.Kenapa lelaki ini memberi semangat kepadanya padahal dia tidak kenal lelaki ini sama sekali.
"Alya tak perlu tahu nie semua..Pak cik bersimpati pada Alya..Pak cik nak bawak Alya ke rumah pak cik.Alya boleh tinggal dengan pak cik..Pak cik akan jaga Alya.." lelaki separuh tua itu kelihatan beria-ria mengajaknya.
"Tapi…Alya tak kenal pak cik.Macam mana pak cik tahu nama Alya?Pak cik nie sapa?" perasaan ingin tahu semakin membuak-buak.
Lelaki itu tunduk.Dia seperti dalam dilemma.
"Alya…Pak cik ikhlas..Alya datang tinggal dengan pak cik.Isteri pak cik pun boleh jaga Alya…"
Alya binggung.Kenapa lelaki ini mahu mengajaknya tinggal bersamanya.Siapa lelaki ini sebenarnya.
"Alya, kau pergilah tinggal dengan dia.Dia kawan pak long.Dah lama dia tak ada anak, jadi dia nak ambik kau jadi anak angkat…" suara Pak Kamal kedengaran.
Alya kini mengerti.Dia tunduk.Air mata mengalir sekali lagi.
"Pak cik akan jaga Alya dengan baik..Pak cik janji…"
"Alya, kau pergilah Alya…" desak Pak Kamal.
"Pak Kamal, Alya bukan tak nak pergi, tapi Alya tak nak jauh dari kubur emak…" sebak suara Alya.
Pak Kamal dan lelaki itu saling berpandangan.Mereka kini mengerti gelora hati Alya.
"Alya, itu kau jangan risau.Pak cik akan pastikan setiap minggu kau akan melawat kubur mak kau…Pak cik janji"



Alya memandang biliknya yang 5 kali besar dari biliknya di kampong.Semua lengkap dengan kelengkapan bilik tidur yang sempurna.Kini dia berada di Kuala Lumpur.Bandar yang maju dengan pesat.
"Alya, pak cik harap Alya suka…" tiba-tiba lelaki itu masuk.
Alya lantas menoleh dan tersenyum hambar.
"Ini dah cukup baik untuk Alya..Terima kasih kerana memberi kehidupan yang sempurna..Oh ya, pak cik belum perkenalkan diri pak cik lagi.." Alya bersuara.
Lelaki itu kelihatan berpeluh.Dia seolah-olah berat untuk mengungkap.
"Pak cik.."
"Oh, Alya panggil pak cik, ayah?"
Alya terkedu.Selama ini belum pernah dia memanggil nama ayah.Dia tidak pernah merasai belaian seorang ayah.Dia hidup tanpa kasih sayang seorang ayah selama ini.Tiba-tiba air matanya bercucuran.
"Napa Alya.." tanya lelaki itu lagi.
"Alya tak pernah merasai belaian ayah selama ini…Alya sebak apabila pak cik menyuruh Alya memanggil pak cik ayah…" jawab Alya jujur.Air matanya segera dikesat dengan lengan baju.
"Kalau macam tue, panggil pak cik, pak Din..Tak payah panggil ayah.." jawab Pak Din ramah.
"Terima kasih pak cik..Alya bersyukur pada Tuhan dan moga-mogahan pak cik dan keluarga dilimpahi berkat daripada-NYA…"
Tiba-tiba perempuan sebaya dengan Pak Din masuk.Dia menghadiahkan Alya seukir senyuman.Alya membalas dengan senyumannya.
"Alya, mak cik gembira Alya dapat tinggal di sini.Panggil mak cik, Mak Timah…"
"Terima kasih Mak Timah.."


Kini sudah sebulan Alya tinggal bersama dengan Pak Din dan Mak Timah.Hatinya semakin tenang.Semalam sahaja dia dibawa oleh Pak Din ke kubur ibunya.Dia menghadiahkan ibunya dengan surah yassin.Alya menangis di kubur ibunya.Dia amat rindu pada ibunya.Pak Din juga telah menghantarnya ke sekolah yang berdekatan.Alya kini gembira dengan hidupnya yang semakin lengkap dan punya arah tuju.
"Alya!!...." namanya dipanggil oleh Pak Din.
Alya lantas berlari anak-anak turun turun ke bawah.Dia tercunggap-cunggap tiba di hadapan Pak Din.
"Napa Pak Din…" tanyanya dalam cunggap.
"Alahai, napa lari turun..Boleh turun perlahan-lahankan…" ujar Pak Din sambil mengusap rambutnya.
Alya tersengih.Dia melihat Mak Timah sedang memasak sambil mengerling manja padanya.
"Ha, lupa pulak..Napa Pak Din panggil Alya?" tanya Alya sekali lagi.
Pak Din tersenyum.
"Pak Din nak pergi rumah kawan dengan Mak Timah nanti..Alya nak ikut atau nak duduk kat rumah saja?" tanya Pak Din sambil membetulkan kolar bajunya.
"Ermm, minggu depan Alya ada peperiksaan…"
Pak Din mengerti.Dia memberi isyarat kepada isterinya untuk bersiap.
"Kalau macam tue, Alya jaga rumah dan Mak Timah dah masak.Makan nanti, okey…" Mak Timah bersuara.
"Okey…"

Alya memandang kelibat Pak Din dan Mak Timah yang sudah kabur dari pandangannya.
Dia lantas mengunci pintu hadapan dan terus menuju ke biliknya.Buku Kimia lantas diambil dan diselak satu persatu.Pening kepalanya melihat isi kandungannya.Dia mengambil satu lembaran kertas dan menulis isi-isi penting dan menghafalnya.Itulah cara pembelajarannya selama ini.Tiba-tiba loceng rumah berbunyi.Terkejut Alya dibuatnya.
"Siapa yang datang nie.." hatinya bertanya-tanya.
Dia lantas turun dan mengintai melalui tingkap dahulu.Oh, Nadia!!Lantas Alya membuka pintu rumah.Nadia tersengih memandangnya.Di tangannya terdapat beberapa buah buku.
"Nadia!Masuklah…" jemput Alya.Nadia adalah teman sekolahnya dan teman yang paling rapat dengannya.Nadia sudah tahu hampir semua tentang dirinya.Tentang dia anak angkat Pak Din dan Mak Timah.
"Aku saja je datang.Kita study group?" cadang Nadia.
"Bagus jugak.Aku dah naik pening belajar Kimia…Kau kan master dalam Kimia.." seloroh Alya.Nadia masih lagi tersengih.
Mereka berdua tekun belajar..Hampir 2 jam lamanya.Selepas itu, Nadia mengeluh.
"Alya, dah tak larat aku nak tatap buku nie lama-lama..Kau dah fahamkan Kimia yang aku ajar tadi..?"
"Yup..Dah!Kau nak minum apa-apa tak?" tanya Alya tapi pandangannya masih lagi pada buku Kimia.
"Tak yah lah..Alya aku dengar kat sekolah diorang cakap yang bukan pasal kau…"
"Entahlah Nadia..Aku malas nak ambik pusing nie semua.Aku just nak tumpukan pada pelajaran sahaja.Pak Din dan Mak Timah menaruh harapan yang tinggi pada aku..Aku tak nak hampakan diorang.Biarlah apa diorang nak cakap pun.." ujar Alya panjang.Dia lantas menutup buku Kimia dan memandang Nadia yang sedang mengemas buku-buku yang berselerak.
"Aku kasihan tengok kau.Setiap hari ada ajer gossip tentang kau..Mesti kau tak larat nak hadapi kan?" Nadia seolah-olah mengerti penderitaan yang dialami selama ini.
"Hurm…"
Nadia lantas bangun dan memperbetulkan tudungnya.
"Alya, aku balik dulu yea..Dah lama nie, nanti mak aku risau.Entah-entah dia dah buat laporan polis kata aku hilang…" jenaka Nadia
Alya tergelak kecil mendengarnya.Dia turun bersama Nadia ke bawah dan mengiringi Nadia sehingga ke pintu utama.
"Okey, bye..Assalamualaikum.."
"Walaikumsalam.." balas Alya.Dia segera menutup pintu dan menuju ke ruang tamu.Dia mencapai majalah yang berada di meja kecil.Diselak-selak satu persatu.Tiada isi yang menarik.Majalah itu dilemparnya ke tepi.Tiba-tiba loceng pintu menjerit sekali lagi.Alya berlari menuju ke pintu dan membuka.
"Oh, Pak Din dan Mak Timah..Dah balik pun.." Alya menyambut ketibaan kedua-dua orang tuanya.
"Alya dah makan..?" Mak Timah segera bertanya,
Alya tersengih.Sebenarnya dia belum makan lagi.Terlupa!!
"Oppss…Belum lagi Mak Timah..Tadi kawan Alya datang, kami buat study group sampai lupa nak makan.."
"Ermm, kamu nie Alya.Jangan biar perut kosong, nanti jatuh sakit.Minggu hadapan ka nada peperiksaan.." leter Mak Timah.
"Sorry..Okey, okey sekejap lagi Alya makan.." jawab Alya sambil memeluk lengan Mak Timah.Pak Din hanya memandang sambil tersenyum bahagia.Hasratnya untuk membawa Alya ke sini tercapai dan tak lama lagi dia akan memberitahu rahsia yang selama ini terpendam.Alya berhak mengetahuinya!!


Pak Din mengalirkan air mata.Dia menjadi binggung.Wajah Mak Timah ditatapnya.
"Abang macam mana kalau Alya keluar dari rumah kalau dia tahu kebenaran..?"
"Timah, bang pun binggung.Tapi Alya akan semakin membenci kita kalau semakin lama kita memendam rahsia ini.."
"Timah dah tak sanggup nak berpisah dengan Alya.Timah dah anggap dia macam anak yang Timah lahirkan sendiri walaupun Kak Yum yang lahirkan dia…"
Pak Din melepas keluhan yang besar.Dia tersepit antara dua insan.Diantara Alya dan isterinya sendiri.Dia takut jikalau Alya tidak terlalu kuat untuk menghadapi kebenaran ini.
"Timah…Bang dah buat keputusan!Tak lama lagi bang akan bagi tau kebenaran yang sebenarnya.." Pak Din memberi kata putus.
Esakan Mak Timah semakin kuat.
"Timah! Nanti si Alya dengar..Kawal diri kamu…"


Alya mengorak langkah ke bilik Pak Din dan Mak Timah.Pak Din memintanya mengambil wang dari laci bilik mereka.Alya lantas membuka laci yang terdapat di sebelah katil.Dia meraba-raba isi dalam laci tersebut sebelum tangannya mencapai satu keping foto.Alya mengamati foto itu.Dia amat kenal dengan wanita yang sedang duduk berdua dengan Pak Din.
Mak!!!!!!
Air matanya bercucuran melihat wajah ibunya.Dia mula merindui ibunya itu.Tapi dia binggung, kenapa Pak Din duduk bersebelahan dengan ibunya.Siapa Pak Din buat ibunya?
Alya membawa foto itu ke bawah.Dia lantas menuju ke arah Pak Din dan Mak Timah yang sedang rancak berbual.
"Pak Din.." panggil Alya.
Pak Din dan Mak Timah lantas menoleh.
"Macam mana Pak Din boleh kenal dengan mak saya.." tanya Alya sambil menunjukan gambar yang ditemuinya.
Pak Din terkejut!!Begitu juga dengan Mak Timah.Mereka saling berpandangan.
"Alya nak jawapan.."
Mak Timah melepaskan satu keluhan.Biar dia sahaja yang menceritakan kebenaran kerana dalam hal ini dia yang bersalah.
"Alya, biar Mak Timah yang ceritakan.Mari duduk sini." ujar Mak Timah.
"Alya sebenarnya..Pak Din nie adalah…" Mak Timah terhenti.Dia berasa berat untuk mengungkapkan ayat.
"Siapa?!" Alya bertanya.Dia tidak suka suspen.Wajah Mak Timah ditatapnya.Wajah bersalah jelas terpancar pada wajahnya.
"Ayah kamu…" Pak Din menyambung.
Alya terkejut.Dia lantas bangun.Dia memandang tepat ke arah Pak Din.Air matanya jatuh dengan deras sekali.Ayah Alya???Ayah yang selama ini meninggalkan dirinya dan ibu hidup dalam serba kedaifan.Selama ini dia tidak pernah mempunyai seseorang yang bergelar ayah.
"Alya, Mak Timah mohon sangat pada Alya, jangan salahkan Pak Din dalam hal ini.Dia tidak bersalah sama sekali..Yang bersalah adalah Mak Timah.."
Alya membisu.Dia binggung!!Sekali lagi dugaan datang menimpa padanya.
"Alya…" Pak Din memanggil lembut.Dia menuju kea rah Alya.
"Maafkan ayah..Ayah tahu ayah bersalah tinggalkan Alya dan ibu.Tapi ayah tak tahu syaitan mana yang merasuk ayah untuk berbuat demekian…"
Alya terkesima..Perkataan ayah!!!
"Alya tak sangka Pak Din dan Mak Timah sanggup buat begini pada Alya..Alya hidup dalam penipuan selama ini" ujar Alya dalam esakan dan tegas bunyinya.
"Alya, kami cuma ingin menebus kesalahan kami pada emak kamu.Mak Timah tahu yang bersalah Mak Timah.Mak Timah tak patut kahwin dengan ayah kamu biarpun tahu dia suami orang..Mak Timah pentingkan diri pada saat itu" jawab Mak Timah.
Mak Timah segera berlari dan mendakap Alya seerat-eratnya.Alya terkejut.Dia menjadi sebak yang teramat.Pak Din juga menyusul dan memeluknya.
"Maafkan kami!!" jawab Pak Din dan Mak Timah serentak..Alya cuba keluar dari pelukan erat Mak Timah dan Pak Din tapi gagal.Mereka memeluknya dengan erat sekali.Kini dia sedar yang Mak Timah dan Pak Din benar-benar ikhlas terhadap dirinya.Mungkin dulu mereka terlalu mengikut perasaan dan menghancurkan hidup ibunya.Tetapi kini meraka sudah insaf.
"Ayah…" tiba-tiba ayat itu terkeluar dari mulutnya.
Pak Din lantas meleraikan pelukan dan memandang tepat pada Alya.
"Alya..Kamu panggil ayah??"
Alya lantas mengangguk kepala.Dia tersenyum dalam esakan.
"Alya sedar yang ayah dan Mak Timah benar-benar ikhlas pada Alya.." jawabnya
"Jangan panggil Mak Timah lagi..Panggil ibu..Boleh??"
"Boleh!!...Ayah dan ibu, Alya sayang kalian…" ujar Alya sambil memeluk mereka pula.
Mereka berpelukan antara satu sama lain dalam suasana yang syahdu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar